Friday, November 23, 2007

Blast Studio Dibuka Semula

Yea! Setelah proses renovate dan masalah2 selesai, akhirnya Blast Studio dibuka semula malam tadi (Khamis, 23/11/07) dengan berwajah baru dan mood yang baru.. selain tu, beberapa instrument baru telah dimasukkan bagi memenuhi kehendak dan permintaan ramai.. Semoga Blast Studio terus menjadi pilihan utama bagi jammers dan musicians sekitar kuantan dan daerah berhampiran..

Dimaklumkan juga tiada sebarang kenaikan caj dan harga di Blast Studio.. (ramai sgt risau aku naikkan harga.. ape daaa korang.. hokhokhohohkohkh)

Studio rate:
1/2 jam : RM 12.00
1 jam : RM 22.00
+ 2nd Guitar : RM 2.00
+ Keyboard : RM 2.00
+ Twin Pedal : RM 5.00
Extra Mic : RM 2.00

Sewaan instrument untuk college event, kenduri kahwin dll :
Minimum RM 500 (bergantung pada lokasi, masa penyewaan dan hal2 berkaitan)

Opening Hours
Monday - Friday : 2.00pm - 12.00am++
Saturday & Sunday : 12.00pm - 12.00am++

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi Pokzol (012-9006905/012-9006924) atau Udin (012-9376958)




Saturday, November 17, 2007

Bass Amp Problem

Lepas siap pasang karpet pagi semalam, sampai le pukul 4 pagi hari ni aku kemas2 dan setup instrument dan aku budget nak bkak studio hari ni.. tapi last2 minute aku buat last checking pada sume instrument tetiba amp bass buat problem plak.. bunyi macam terkentut-kentut.. terpaksa hantar repair.. So, kena tunggu lagi 2,3 hari baru bleh siap.. lepas siap repair amp tu baru la Blast Studio boleh beroperasi semula..
Aku nak mintak maaf pada sume customer2 Blast Studio dan krew2 atas berlakunya kelewatan pembukaan semula studio selepas renovate hari tu.. nak buat camne kan menda yang tak dijangka nak terjadi.. insya-Allah aku akan perbaiki segala kecuaian aku supaya hal2 macam ni tak berulang..
Seriously aku frust gile sebab tak dapat bukak studio pada waktu yang aku sendiri jangkakan.. Penat pon tak habis lagi.. thanks to all studio crews dan kawan2 yang membantu sepanjang proses renovate studio dan sepanjang studio menghadapi masalah.. Chow!

Thursday, November 15, 2007

Renovating Pics

Beberapa gambar yang sempat diambil semasa proses pengubahsuaian studio..


Renovate

Baru2 ni ramai giler org call aku dan tanye apsal studio tak bkak.. tak larat aku nak jawab.. lama gak aku tutup dekat sebulan kot (skali ngan cuti raya).. hokhokhokhokh.. so, utk pengetahuan semua aku dan krew2 studio buat sedikit renovation pada studio.. so, aku akan update gambar2 semasa proses renovate studio utk tatapan semua.. slain drpd tu aku tambah instrument baru untuk kepuasan pengunjung Blast Studio.. insya-Allah pertengahan bulan November ni studio akan dibuka semula dengan berwajah baru.. jangan lupa khabarkan kepada semua tentang berita baik ni.. huhuhuu.. Chow!

Wednesday, November 14, 2007

First Post


Selamat datang ke blog Blast Studio. sementara menunggu official website Blast Studio siap, takde mende aku nak buat, so saje2 je buat simple blog untuk jamming studio aku ni, Blast Studio.. Bertempat di 13G, Ground Floor, Kompleks Makmur, Kuantan (bersebelahan Terminal Bas Kuantan).. Maybe dah ramai warga Kuantan yang mengenali Blast Studio ni. Blast Studio ni dah berusia hampir 5 tahun dan banyak pahit manis yang aku lalui untuk terus menghidupkan Blast Studio ni bersama krew2 studio dan kawan2.. Hopefully harap korang sume terus memberi sokongan dan support Blast Studio specially musicians dan jammers dari Kuantan dan daerah berhampiran. aku akan always update blog ni untuk korang.. Chow!

need info? call me! 012-9006905